الجمعة، 2 أبريل 2010
KESUSASTERAAN ARAB
Untuk memahami perbahasan tentang kesusasteraan arab, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami oleh para pelajar. Di antara perkara tersebut ialah berkaitan dengan permasalahan terminologi dan pengertian sastera, kesusasteraan dan sejarah kesusasteraan. Apa yang sering berlaku kini, para pelajar yang mengambil subjek kesusasteraan arab (khususnya di IPT tanah air) sering terkeliru atau tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Akibat dari pengabaian tersebut, ramai dari kalangan pelajar yang mempelajari kesusasteraan arab merasa jemu dan bosan kerana tidak memahami tujuan dan tujahan subjek tersebut. Justeru, subjek ini dipelajari hanyalah kerana ianya satu subjek yang wajib dan perlu lulus. Mereka menghafal semua nota-nota atau bait-bait yang diminta oleh pensyarah hanyalah dengan tujuan untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tanpa ada usaha untuk memahami atau mendalami apa yang mereka hafali dan salinkan di atas kertas. Perlu difahami bahawa sastera, kesusasteraan dan sejarah kesusasteraan adalah tiga perkara yang berbeza. Bagaimanapun, dalam subjek al-adab al-arabiy ketiga-tiga komponen itu diletakkan bersama dengan tujuan yang satu, supaya pelajar dapat memahami kesusasteraan arab secara menyeluruh secara serentak.
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ما هو الأدب الجاهلي ؟
ردحذفما هو الشعر والنثر في العصر جاهلي و شعرأ والمعلقات ؟
ردحذفالشعرأ والنثر في العصر الجاهلي
ردحذفما هو الشعراء والمعلقات ؟
ردحذف